Date: Thu, 30 Aug 2001 18:48:10 +0000
From: "ayub roslee" <rossa_gtra@hotmail.com>
Subject: Re: Terima kasih
To: alamsenifoto@lycos.com
Saya sebenarnya baru sebulan terperasan laman web saudara. Saya cari sendiri
laman ini dan tak sangka pula boleh jumpa.
Saya sebenarnya semasa di sekolah menengah dulu ada belajar sikit-sikit
bab senifoto ini, tapi terhenti setelah tamat sekolah pada tahun 1975.
Dan sekarang bila pegang kamera semula, kenalah belajar balik. Terima
kasih banyak-banyak kerana usaha anda telah banyak membantu karier saya.
Pun begitu masih terlalu banyak lagi yang perlu saya ketahui tentang ilmu
senifoto ini kerana saya banyak mengambil gambar-gambar artis untuk dimuatkan
dalam majalah saya..
1) Buletin Misteri 2) Realiti & Fantasi.
Gambar cover untuk kedua majalah itu saya ambil sendiri. Semuanya outdoor.
Hingga kini saya tetap tidak berpuas hati dengan hasil kerja saya, (gambar
tidak tajam dan grain) sebab saya tengok gambar cover majalah lain lebih
cantik. Adakah kerana mereka menggunakan slide ataupun filem 120? Atau
kerana lain, seperti kerja-kerja grafik.
Untuk pengetahuan anda saya pakai kamera Minolta Dynax 505si (fully auto),
dan lazimnya filem saya guna ialah konica 100 (siang hari).
Terima kasih.
Jawapan:
Assalamualaikum.Emm bagus juga pengalaman saudara.
1975 lama juga. Sama dengan zaman saya bersekolah dulu. Setakat hari ini
saya belum dapat melihat gambar-gambar yang saudara ambil di majalah yang
disebutkan. Cuma saya boleh memberikan sedikit tip untuk memperolehi gambar
yang baik.
1. Menggunakan filem 120 adalah satu cara untuk memberi
imej tajam. Kerana format filem yang besar memberikan kesan yang baik.
2. Menggunakan slaid adalah pilihan terbaik kerana
slaid akan memudahkan pihak pencetak memperolehi imej yang bermutu.
3. Penggunaan ISO yang rendah adalah pilihan terbaik
untuk rakaman potrek.
4. Menggunakan gambar asal yang besar juga boleh memberikan
kesan yang baik >ketika membuat cetakan majalah.
5. Yang paling mustahak, kertas cetak sesuatu majalah
memberikan kesan sampingan untuk melihat mutu yang baik